Pandai Masak: November 2005

Pandai Masak

Monday, November 28, 2005

Tauhu Kicap


Bahan-bahannya :

6 keping tauhu
1 batang serai
5 ulas bawang
sehiris lengkuas
sedikit garam
3 biji cili muda
3 biji cili api
2 ulas bawang putih
1 sudu makan kicap
2 sudu makan marjerin
serbuk perasa secukupnya

Cara Membuatnya :

Tauhu dipotong kecil-kecil dan digoreng setengah masak, cili muda, lengkuas, bawang putih dan bawang merah dihiris halus. Cili padi dibelah dua.

Panaskan marjerin didalam kuali setelah itu tumiskan bahan yang telah dihiris halus tadi, masukkan sedikit air dan kicap. Setelah itu masukkan tauhu dan tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya.

Masak jangan sampai kering dan perlahankan api.

Kerabu Daging


Bahan-bahannya :

600 gram daging(rebus hingga empuk dan potong nipis)
4 biji buah tomato dipotong bulat
3 labu bawang besar(ditumbuk halus)
2 cm halia(ditumbuk halus)
1 batang serai(ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih(ditumbuk halus)
5 biji cili merah(ditumbuk halus)
3 biji cili padi(ditumbuk halus)
1 cm belacan(ditumbuk halus)
setengah cawan air limau nipis
setengah cawan air rebusan daging
1 sudu kecil serbuk perasa
1 setengah sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 pokok daun sup
1 pokok daun ketumbar

Cara Membuatnya :

Sediakan mangkuk besar, masukkan bahan-bahan tumbuk tadi, daging dan air rebusan daging. Gaulkan hingga sebati.

Masukkan pula buah tomato, air limau nipis, garam, serbuk perasa dan gula. Gaul lagi hingga sebati, baru masukkan daun sup dan daun ketumbar.

Friday, November 25, 2005

Kerabu Sotong


Bahan-bahannya :

500 gram sotong(dibuang kulit dan potong kecil)
1 batang serai(dihiris nipis)
1 helai daun limau purut(dimayang)
10 biji cili padi(dihiris nipis)
1 tomato(dihiris)
1 sudu besar sos sotong
garam secukup rasa
sedikit air limau nipis
aneka ulam seperti taugeh, salad bulat dan timun

Cara Membuatnya :

Sotong yang dibuang kulit dan dipotong tadi direbus(tanpa menambah air) sehingga kering. Angkat dan sejukkan.

Kemudian campurkan bahan-bahan hiris dan sotong serta ulam-ulam yang dipilih. Bubuh sos sotong, air limau dan gaul sehingga terasa asam garamnya.

Semasa menghidang hiaslah dengan salad dan tomato, jika suka boleh tabur sedikit kelapa goreng.

Kerabu Taugeh


Bahan-bahannya :

300 gram taugeh (dicelur)
600 gram kerang(direbus)
1 labu bawang besar
1 cawan kelapa parut(dibuat kerisik)
setengah cawan kelapa parut(digiling)
2 sudu besar udang kering
5 biji cili kering
sedikit asam dan garam
1 setengah cm belacan

Cara-cara membuatnya :

Cili kering, belacan dan udang kering digiling.

Gaul kelapa giling, kerisik, garam dan air asam.

Campurkan kerang, taugeh dan bawang besar yang telah dihiris.

Kerabu Ikan


Bahan-bahannya :

600 gram ikam kembung
1 biji kelapa parut
5 ulas bawang merah(digiling)
5 biji cili merah(digiling)
3 setengah gram udang kering(digiling)
1 setengah cm belacan
sedikit garam
air asam

Cara Membuatnya :

Ikan dipanggang dan diambil isinya. Kelapa diambil dua cawan dan dibuat kerisik.

Gaulkan bahan giling dengan isi ikan, serta kelapa parut.

Campurkan kerisik, air asam dan garam dan gaulkan rata-rata.

Thursday, November 24, 2005

Acar Rampai


Bahan-bahannya :

2 biji timun
1 biji lobak merah
70 gram bunga kubis
4 biji cili hijau(dibelah dua)
2 biji cili merah(dibelah dua)
10 ulas bawang merah (dibelah dua)
5 ulas bawang putih(dibelah dua)
2 cm halia(dimayang)
1 botol kecil cuka
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar bijan
garam secukup rasa

Untuk Menumis :

2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara Membuatnya :

Timun dan lobak merah dipotong lima. Kemudian potongkan pula panjang-panjang. Bahagian tengah timun dibuang, manakala bunga kubis pula dipotong kecil-kecil.

Timun, lobak merah, bunga kubis, bawang dan cili kemudiannya dibasuh bersih. Setelah itu rendamkna kedalam air garam.

Setelah itu tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan dua sudu besar minyak masak. Apabila naik baunya, masukkan cuka, kunyit dan garam. Biarkan sehingga mendidih.

Bila mendidih, angkat dari api. Letakkan sebelah. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang sudah ditoskan tadi kedalam periuk. Kacau rata-rata. Setelah itu toskan sekali lagi. Biarkan sehingga sejuk.

Apabila sejuk, taburkan bijan diatasnya. Kemudian bolehlah dihidangkan.

Acar Limau


Bahan-bahannya :

5 biji buah limau jeruk
10 biji belimbing buluh jeruk
10 biji buah kurma
20 biji kismis
setengah bungkus buah pala
20 bji bawang merah(dibelah dua)
5 biji bawang putih(dibelah dua)
3 cm halia - dihiris halus
15 biji cili kering
1 sudu besar jintan manis(direndam dan ditumbuk lumat)
1 sudu kecil jintan putih(direndam dan ditumbuk lumat)
1 sudu kecil ketumbar(direndam dan ditumbuk lumat)
1 sudu besar bijan(direndam dan ditumbuk sedikit)
setengah sudu kecil biji sawi(direndam dan dibuang kulitnya)
setengah botol kecil cuka
1 cawan gula
garam secukup rasa
2 ulas bawang merah(untuk menumis)
1 ulas bawang putih(untuk menumis)
1 cm halia(untuk menumis)

Cara Membuatnya :

Panaskan periuk. Kemudian tumiskan bawang dan halia. Apabila naik baunya, masukkan cili, jintan manis, jintan putih, ketumbar yang sudah ditumbuk tadi. Gaul.

Kemudian masukkan pula cuka dan gula. Akhir sekali barulah dimasukkan semua buah-buahan, bawang-bawang serta halia. Gaul. Sejukkan sebentar.

Setelah itu taburkan bijan dan biji sawi.

Acar Ikan


Bahan-bahannya :

1 ekor bawal(digoreng)
1 biji timun
1 batang lobak merah
1 biji tomato(dibelah empat)
5 biji cili merah(dibelah dua)
2 ulas bawang besar(ditumbuk)
1 cawan pati santan
1 setengah halia(dihiris)
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Timun dan lobak merah dipotong halus-halus.

Panaskan minyak tumis bawang, kemudian masukkan cili, halia, timun serta lobak merah.

Apabila telah empuk masukkan pati santan dan tomato.

Bila sudah mendidih dan pekat, angkat dan tuangkan keatas ikan yang telah digoreng tadi.

Acar Timun


Bahan-bahannya :

1 biji timun(dipotong memanjang)
1 batang lobak(dipotong memanjang)
5 batang kacang panjang(dipotong memanjang)
1 camca teh biji sawi
2 camca besar minyak
10 biji lada merah(dibelah dua)
20 ulas bawang merah(dibuang kulit)
2 camca teh garam(dicampurkan)
setengah camca teh kunyit(dicampurkan)
90 gram kacang tanah
1 camca besar gula pasir
1 camca cuka
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Gaulkan sayur-sayuran dengan kunyit.

Panaskan kuali dan rendang biji sawi kemudian masukkan minyak serta sayur-sayuran.

Masukkan bahan-bahan yang lain, biarkan hingga mendidih.

Acar Telur


Bahan-bahanya :

5 biji telur(direbus)
2 batang lobak merah(dipotong-potong)
2 biji bawang(dibelah empat)
3 biji cili merah(dibelah empat)
1 sudu teh gula
sedikit cuka dan garam

Bahan Giling:

2 setengah cm halia
10 biji cili kering
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih

Cara Membuatnya :

Telur dikupas kulitnya, kemudian digoreng sampai kuning.

Panaskan minyak dan tumis bahan giling, kemudian masukkan cuka, gula dan garam.

Masukkan bawang besar, lobak merah, cili serta telur. Masak hingga empuk lobaknya.

Kacau rata-rata bila telah pekat barulah diangkat.

Acar Udang Hidup


Bahan-bahannya :

150 gram udang hidup(dibuang kulitnya)
5 biji cili merah(dibelah 4)
2 labu bawang besar(dibelah 4)
8 ulas bwang merah(digiling)
15 biji cili kering(digiling)
2 cm belacan(digiling)
2 keping asam gelugur
setengah cawan pati santan
sedikit garam dan gula

Cara Membuatnya :

Tuangkan santan kedalam periuk dan masukkan bahan giling. Masak sampai mendidih.

Masukkan udang biarkan selama 5 minit.

Kemudian masukkan bawang besar, cili merah, garam dan gula serta asam gelugur.

Kacau untuk beberapa minit barulah diangkat.

Acar Rempah


Bahan-bahannya :

20 ulas bawang merah(dihiris)
5 biji timun(dipotong-potong)
8 labu bawang besar(dibelah empat)
30 ulas bwang putih(dibelah dua)
5 biji cili merah(dibelah dua)
5 biji cili hijau(dibelah dua)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar gula
2 sudu besar rempah(digaulkan)
1 sudu teh serbuk kunyit(digaulkan)
2 sudu besar biji sawi
1 sudu teh garam
1 biji buah pelaga
1 cawan cuka
1 cawan minyak
2 setengah cm halia

Cara Membuatnya :

Rendam timun dan cili dengan air kapur.

Panaskan minyak, tumis bawang hiris, masukkan biji sawi dan buah pelaga.

Setelah naik baunya masukkan serbuk rempah serta bahan-bahan yang lain.

Bila hendak diangkat masukkan timun yang telah dipotong-potong.

Acar Sayur Campur


Bahan-bahannya :

15 batang kacang panjang(dipotong)
250 gram kubis
3 biji timun
10 biji lada merah(dibelah dua)
10 biji lada hijau(dibelah dua)
8 ulas bawang merah(dihiris)
4 ulas bawang putih(dihiris)
setengah cawan cuka
setengah cawan bijan(disangar)
2 camca besar kapur
sedikit garam dan gula

Bahan Giling :

10 biji buah keras
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
15 biji lada kering
setengah cawan udang kering

Cara Membuatnya :

Rendam sayur-sayuran dalam air kapur selama 2 jam.

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.

Masukkan bahan-bahan giling, cuka, garam dan gula. Biar hingga mendidih.

Masukkan semua sayur-sayuran serta bijan kacau perlahan-lahan hingga cukup masak.

Tuesday, November 22, 2005

Acar Buah


Bahan-bahannya :

10 biji jeruk belimbing
10 biji buah prun
10 biji buah bidara
10 biji jeruk limau
1 cawan jeruk buah pala
1 cawan kismis
setengah cawan gula
setengah cawan cuka
setengah cili boh
setengah minyak masak
15 ulas bawang putih(dibelah dua)
20 ulas bawang merah(dibelah dua)
1 setengah cm halia(dihiris)
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak dan tumis cili boh, kemudian masukkan cuk, gula dan garam.

Masukkan bawang dan halia kacau perlahan-lahan.

Akhir sekali masukkan semua buah-buahan yang telah disediakan.

Sayur Gurih


Bahan-bahannya :

10 biji jagung muda yang kecil-kecil
750 cc santan kelapa dari setengah biji kelapa
150 gram udang(dibuang kulitnya)
150 gram daun kaduk yang sudah disiangi bersih

Bahan yang digiling :
3 biji cili merah
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
setengah cm kunyit

Cara Membuatnya :

Kupas kulit jagung kemudian potong 2 atau 3 bahagian.

Masak jagung bersama santan,udang, bahan yang sudah digiling sampai jagung masak.

Masukkan daun kaduk. Biarkkan sampai mendidih baru diangkat.

Acar Jeruk


Bahan-bahannya :

2 cawan jeruk(mangga, limau atau belimbing)
1 setengah cawan cuka
1 sudu teh halba
2 sudu besar gula
1 sudu besar biji sawi
2 ulas bawang putih
2 setengah halia(dihiris)

Bahan Giling :

20 biji cili kering
2 setengah sudu besar jintan putih
2 setengah cm kunyit
1 setengah halia(berasingan)

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia giling dan hiris. Angkat dan asingkan.

Tumis pula bahan giling serta halba. Masukkan cuka, gula dan garam.

Masukkan halia tadi serta jeruk. Kacau biar rata barulah diangkat.

Monday, November 21, 2005

Goreng Buncis


Bahan-bahannya :

150 gram kacang buncis
1 labu bawang besar(dimayang)
2 biji cili merah(dimayang)
2 ketul hati ayam(dimayang)
2 ketul hati ayam
2 ketul mempedal ayam
3 sudu besar minyak kelapa
1 sudu besar kicap
1 sudu besar tomato sos
1 sudu teh gula
garam secukup rasa

Cara Membuatnya :

Mempedal dan hati ayam dipotong kecil. Setelah dibersihkan masukkan ia kedalam kuali. Bubuhkan sedikit garam dan masaklah hingga kering.

Setelah itu masukkan minyak dan gorengkan sekejap.

Masukkan pula, semua bahan-bahan yang lain. Gorengkan lagi.

Setelah kacang buncis empuk bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Dalca


Bahan-bahannya :

1 kati perut lembu dan daging cincang
1 biji terung
5 biji kacang merah
2 biji ubi kentang
setengah tin kacang dal
4 biji cili merah
4 batang kacang panjang
3 biji tomato
1 biji kelapa(diambil pati santan dan santan cair)
3 keping asam gelugur

Rempah Untuk Digiling

1 sudu teh jintan manis
5 sudu teh ketumbar
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
10 biji lada hitam
sedikit buah pala dan kulit kayu manis
1 sudu teh jintan putih
5 biji cili kering
sedikit kunyit hidup
1 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih
sedikit garam

Bahan Untuk Penumis :

setengah tahil minyak sapi atau kelapa
5 ulas bawang putih(dimayang halus)
10 ulas bawang merah(dimayang halus)
3 kuntum bunga cengkih
sedikit kulit kayu manis

Cara Membuatnya :

Perut lembu dan daging cincang dihiris serta dibasuh setelah itu direbus sehingga empuk.

Terung, kacang panjang, ubi kentang dipotong kecil-kecil. Cili merah serta ubi kentang dibelah-belah.

Panaskan minyak didalam periuk setelah itu tumiskan bahan penumis tadi bila telah naik baunya masukkan pula bahan yang telah digiling, bersama daging, perut lembu, ubi kentang, kacang dal dan terung serta asam gelugur. Biarkan sehingga mendidih setelah itu masukkan pati santan, cili dan tomato. Tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Tempe Goreng


Bahan-bahannya :

5 keping tempe(dipotong lebar-lebar)
5 biji cili merah(digiling)
3 ulas bawang merah(digiling)
1 sudu teh gual pasir(digiling)
1 sudu teh ketumbar(digiling)
1 sudu teh jintan manis(digiling)
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Gaulkan tempe dengan bahan giling, kemudian perapkan selama satu jam.

Panaskan minyak dan gorenglah hingga elok masaknya.

Gulai Nangka Muda


Bahan-bahannya :

2 potong nangka muda(dipotong-potong)
setengah daging cincang(dipotong kecil)
3 mangkuk santan
2 camca besar cili boh
5 ulas bawang merah(digiling)
3 ulas bawang putih(digiling)
3 biji buah keras(digiling)
2 setengah cm halia dan kunyit hidup(digiling)

Cara Membuatnya :

Daging direbus dengan sedikit cili boh.

Bila daging sudah empuk masukkan santan dan bahan-bahan yang digiling.

Apabila mendidih masukkan nangka.

Masak hingga nangka empuk baru angkat.

Taugeh Goreng


Bahan-bahannya :

150 gram udang basah(dibuang kulitnya)
300 gram taugeh(dibuang ekornya)
1 cekak daun kucai
2 keping tauhu
1 biji tomato(dibelah 4)
1 biji cili merah besar(dihiris)
1 biji cili hijau besar(dihiris)
1 biji bawang besar(dihiris)
1 biji bawang putih(dihiris)
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak dan tumis bawang, kemudian masukkan udang serta daun kucai.

Masukkan tauhu, cili dan tomato. Rasa garamnya bila hendak diangkat barulah masukkan taugeh.

Kuah Lodeh


Bahan-bahannya :

10 batang kacang panjang
3 biji terung
3 biji ubi kentang(dipotong)
1 biji kepala
3 biji lada hijau(dihiris)
3 biji lada merah(dihiris)
4 ulas bawang merah(dihiris)
2 labu bawang besar(dihiris)
3 keping tauhu
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
300 gram udang basah(dibuang kulit)
20 sen suhun

Cara Membuatnya :

Semua sayur-sayuran dipotong ikut mana yang sesuai.

Tauhu dipotong kecil-kecil dan di goreng.

Santan pekat dan cair diasingkan.

Masukknan santan cair, lada, bawang, udang dan kentang kedalam periuk dan jerangkan.

Apabila mendidih masukkan terung, tauhu dan kacang panjang.

Akhir sekali masukkan santan pekat dan suhun. Masak lagi hingga mendidih.

Chap Chye


Bahan-bahannya :

125 gram kubis (dihiris)
125 gram rebung (dihiris)
250 gram udang basah (dibuang kulitnya)
30 gram tauhu kering (direndam)
30 gram kim chiam (direndam)
30 gram cendawan kering (direndam)
15 gram suhun (direndam)
250 gram daging ayam(dipotong kecil-kecil)
3 keping tauhu kunning (dipotong kecil-kecil)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu teh taucu

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan taucu.

Masukkan ayam, kemudian tuangkan sedikit air dan masukkan udang.

Masukkan bahan-bahan yang telah direndam tadi serta 2 cawan air.

Masukkan kubis, rebung dan tauhu. Bila hendak diangkat barulah masukkan suhun.

Sunday, November 20, 2005

Nasi Rawon


Bahan-bahannya :

1 kati daging cincang
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji cili merah
kunyit hidup sebesar ibu jari
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh buah keras
1 inci halia
1 inci cekur
2 biji buah kluwak(rupanya seperti buah keras tetapi besar sedikit)
daun salam, lengkuas, serai dan daun limau purut secukupnya)

Cara Membuatnya :

Daging cincang dibersihkan dan direbus setelah empuk dipotong empuk dipotong empat persegi kecil-kecil. Untuk perhatian anda air bekas rebusan daging tadi jangan dibuang.

Bawang merah, bawang putih, cili, ketumbar, kunyit, buah kluwak, halia, cekur dan buah keras digiling halus kemudian ditumiskan sehingga masak.

Kemudian masukkan bahan yang ditumis tadi bersama-sama daging kedalam air rebusan daging tadi. Kemudian masukkan pula lengkuas yang telah dihiris serta serai yang telah dititik bersama daun salam dan daun limau purut. Bubuh garam serta serbuk perasa secukup rasa.

Nasi Kerabu


Bahan-bahannya :

2 tin susu beras
2 tin susu air
1 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang merah
1 ekor ikan kembung bakar
sedikit kelapa parut

Bahan untuk ulam :

sedikit kacang panjang
sedikit daun kunyit
sedikit taugeh
(semua bahan diatas dimayang halus)

Cara Membuatnya :

Beras dibersihkan kemudian ditanakkan hingga masak dengan 2 tin susu air.

Ikan kembung panggang diambil isinya kemudian ditumbukkan hingga lumat bersama lada hitam, bawang merah dan kelapa parut. Tambahkan garam secukup rasa setelah itu gorengkan sebentar tanpa minyak hingga kering kemudian diangkat ketepi.

Gaulkan nasi bersama bahan ulam serta sambal kelapa ketika menghidangkan.

Nasi Ulam



Bahan-bahannya :

1 tin susu beras
2 ekor ikan kembung
setengah biji kelapa
1 helai daun kunyit
1 helai daun halia
1 tangkai daun kesum
1 tangkai daun kemangi
1 tangkai daun serai kayu
1 hiris serai
1 hiris halia
1 sudu teh lada hitam
3 ulas bawang merah

Cara Membuatnya :

Beras dibersihkan kemudian ditanakkan seperti biasa(menanakkan nasi). Ikan kembung dibersihkan kemudian dipanggang hingga masak. Setelah itu diambilkan isinya dan ditumbuk.

Serai dan halia dimayang halus kemudian campurkan dengan kelapa dan digoreng hingga garing. Daun kunyit, daun halia, daun kesum, daun kemangi dan daun serai kayu dimayang halus-halus.

Gaulkan daun-daun yang telah dimayang ini dengan sambal kelapa pada nasi ketika dihidangkan.

Nasi Gurih


Bahan-bahannya :

1 cawan beras pendek (coklet)
2 cawan santan
setengah sudu teh garam
1 inci serai atau setengah sudu teh serai yang telah dihiris nipis
1 helai daun salam atau setengah helai daun bay

Cara Membuatnya :

Beras dibasuh dan direndam semalaman. Kemudian ditoskan airnya dan dimasakkan kesemua bahan-bahan tadi.

Masak dengan menutup tudung periuknya dan sekali-kali kacaukan. Bila terlah mendidih kecilkan apinya dan masak perlahan selama 45 minit dan kemudian padamkan terus apinya. Buka tudung periuk kacau perlahan-lahan biarkan ia sejuk selama 10 minit dan kemudian baru dihidangkan. Makan bersama sambal goreng tempeh.

Nasi Jagung


Bahan-bahannya :

1 setengah beras beriani
150 gram udang kering (direndam)
7 ulas bawang putih (digiling halus)
12 ulas bawang merah (digiling halus)
2 cm halia (digiling halus)
5 biji cili merah (digiling halus)
250 gram mentega
3 labu bawang besar (dihiris)
6 biji tomato (dihiris halus)
3 biji cili hijau (dibelah dua)
2 biji cili merah (dibelah dua)
4 helai daun salam
1 cawan jagung (dicuci dan ditos)
sedikit daun panda (diikat)
garam secukup rasa

Cara Membuatnya :

Panaskan mentega lalu ditumiskan bawang hiris, bila layu masukkan bahan-bahan giling dan biarkan garing baru bubuh air, daun pandan, daun salam dan tomato.

Bila mendidih masukkan beras dan setelah hampir kering masukkan jagung, cili merah dan cili hijau, balik-balikan lalau biar seperti memasak nasi biasa.

Nasi Pilaf


Bahan-bahannya :

1800 gram beras beriani (dicuci dan toskan airnya)
2 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 cm halia (ditumbuk)
1 tin sederhana minyak sapi QBB (kalau suka boleh di campur minyak kacang.
1 tin besar kacang peas (toskan airnya)
1 tin kecil susu cair
6 biji cili hijau (dibelah 2 hingga putus dan buang biji)
1 setengah sudu serbuk kunyit
10 kuntum bunga cengkih
1 cawan tairu
1 daun pokok sadri
150 gram buah gajus
sedikit kismis

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak. Tumis bahan yang dihiris. Masukkan air ikut sukatan beras dan susu, tairu, bunga cengkih dan serbuk kunyit.

Bila mendidih bubuh beras dan kacau rata.

Ketika nasi hampir kering masukkan cili hijau, kacang peas, daun sadri, gajus dan kismis. Biarkan seperti menanak nasi biasa.

Nasi Bukhari


Bahan-bahannya :

2 tin susu beras basmati
5 tin susu cair
1 tin kecil tomato puree
1 ekor ayam sederhana besar
6 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar rempah kari
70 gram buah badam
3 biji tomato buah
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih (dihiris)
4 ulas bawang merah
2 cm halia
1 sudu kecil jintan manis (ditumbuk halus)
1 sudu kecil jintan putih (ditumbuk halus)
1 sudu kecil kas-kas (ditumbuk halus)
2 bji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pudina
3 helai daun pandan
garam secukup rasa

Cara Membuatnya :

Beras dibasuh bersih. Ayam dibersihkan dan dipotong lapan. Buah badam ditumbuk lumat manakala tomato buah dan bawang besar dipotong dua.

Panaskan periuk. Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih, rempah dan garamasala yang ditumbuk halus dengan minyak sapi.

Setelah naik baunya, masukkan air, ayam dan garam secuku rasa. Akhir sekali barulah dimasukkan beras bersama buah badam yang ditumbuk, tomato buah, tomato puree, susu cair, daun pudina dan daun pandan (diikat simpul).

Biarkan sehingga mendidih diatas api yang perlahan. Masaklah seperti memasak nasi biasa.

Nasi Kuning


Bahan-bahannya :

3 auns nasi putih
1/4 auns mentega
1/2 auns bawang besar
1/2 helai daun salam
1/2 camca kecil garam
1/4 camca kecil lada sulah
1/2 camca kecil pencelup warna kuning

Cara Membuatnya :

Panaskan mentega. Masukkan bawang yang telah dihancurkan lumat-lumat, daun salam, serbuk perasa, garam, lada sula dan pencelup makanan berwarna kuning.

Masukkan nasi. Kacaukan rata-rata selama lebih kurang 10 minit. Kemudian angkat.

Nasi Ayam


Bahan-bahannya

600 gram beras siam
1 butir bawang besar (dihiris)
4 cm halia (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
air rebusan ayam secukupnya
daun pandan
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak kemudian tumis bawang dan halia.

Bila telah garing tuang air rebusan ayam dan garam. Biarkan mendidih.

Apabila mendidih masukkan beras yang telah dibasuh serta daun pandan.

Tutup rapat-rapat hingga masak.

Nasi Beriani


Bahan-bahannya :

4 cawan beras (basuh dan toskan)
1 cawan susu cair}di
1 biji air perahan limau}campur
5 sudu besar minyak sapi
4 cawan air sejuk

Bahan Giling :

20 biji badam
12 ulas bawang mearh
4 ulas bawang putih
1.2 cm halia

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak sapi dan tumis bahan giling kemudian masukkan susu cair serta air.

Bila mendidih masukkan beras dan biarkkan hingga kering airnya.

Ambil sekeping ayam beriani masukkan kedalam nasi dan tutupkan semula dengan nasi.

Biarkan diatas api hingga nasinya tanak.

Nasi Dagang


Bahan-bahannya :

1 kg beras (direndam semalam)
300 gram beras luput (direndam semalam)
2 cawan santan
1.2 cm halia
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh halba
sedikt garam dan gula

Cara membuatnya :

Beras dan pulut ditoskan kemudian dikukus sampai masak.

Masak santan, gula dan garam hingga mendidih. Masukkan nasi serta bahan yang diracik dan halba.

Kacau rata-rata kemudian dikukus lagi sampai lembut dan berminyak.

Nasi Kebuli


Bahan-bahannya :

900 gram beras (basuh dan toskan)
2 biji kalapa parut
5 cm halia(dititik)
1 batang serai (dititik)
1 helai daun limau purut
2 bji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkeh
2 biji telur (didadar)

Bahan Giling :

2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Kelapa diperah ambil santan secukupnya untuk masak nasi.

Masukkan rempah-rempah, daun limau purut,halia, serai serta bahan giling dan masak hingga mendidih.

Masukkan beras dan masaklah hingga tanak nasinya.

Taburkan telur dadar diatasnya bila menghidangkan.

Nasi Tomato


Bahan-bahannya

2 cawan bera (basuh dan toskan)
1/2 cawan minyak sapi
2 ulas bawang putih }dimayang
1/2 cawan bawang merah}dimayang
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2 cawan air
1 cawan tomato sos

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak sapi dan goreng bawang.

Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.

Masukkan beras, air dan garam biarkan mendidih.

Bila nasi hampir masak gaulkan tomatao sos dan biarkan nasi tanak.

Hidangkan dengan potongan telur rebus, bawang goreng dan daun bawang.

Nasi Minyak


Bahan-bahannya :

1/4 cawan minyak sapi
2 ulas bawang putih (dicincang)
4 ulas bawang besar (dihiris)
4 kuntum bunga cengkih
5 cm kayu manis
6 biji buah pelaga
2 cawan beras (basuh dan toskan)
2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan kismis

Cara Membuatnya :

Bawang besar dan bawang putih digoreng dengan minyak sapi.

Masukkan semua rempah-rempah, goreng selama lima minit.

Masukkan beras, air, susu cair dan biarkan sampai kering.

Masukkan kismis kacau rata-rata dan tanak hingga masak.

Bila hendak dihidang taburkan bawang goreng diatasnya.

Nasi Goreng 1


Bahan-bahannya :

4 cawan nasi putih
1 cawan kacang peas
2 biji terlu (dipukul)
8 ulas bawang merah (dihiris)
5 biji cili merah (ditumbuk)
1 pokok daun bawang (dihiris)
1 sudu besar kicap
60 gram udang basah (buang kulitnya)
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak dan tumis bawang serta cili tumbuk, kemudian masukkan udang dan kicap.

Masukkan nasi, bila telah sebati tuangkan telur. Gaulkan rata- rata dan masukkan kacang peas.

Bila telah masak angkat dan hidangkan. Taburkan daun bawang diatasnya.

Nasi Lemak


Bahan Nasi Lemak :

500 gram beras (basuh dan toskan)
3 setengah cawan santan
garam dan daun pandan

Cara Membuatnya :

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak nasi hingga cukup kering

Bahan Sambar :

125 gram ikan bilis (digoreng)
125 gram bawang merah
60 gram cili kering
5 cm belacan
2 camca teh gula
1 /2 cawan air asam
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang digiling

Masukkan ikan bilis, air asam, garam dan gula, biarkan hingga agak pekat.

Angkat serta hidangkan dengan nasi lemak dan hidangan tambahan.

Saturday, November 19, 2005

Panduan Am


Semasa memasak gulai - sekiranya rempah-rempahan yang dimasak itu kering dengan cepat anda hendaklah menambahkan air lagi, tambahkan air panas.

Semasa memasak daging perapkan daging dengan satu sudu makan tairu selama 20 atau 30 minit.

Petua-petua


Cili kering : Pilihan cili kering yang kerinting

Sekiranya anda tidak sukakan masakan terlalu pedas buangkan biji cili sebelum masak.

Rendam cili kering dengan air panas selama 10 minit sebelum cili digiling atau ditumbuk.

Cili yang digoreng hingga wangi : cili hendaklah digoreng dengan api perlahan manakala wangi masukkan 2 sudu minyak. Angkat.

Asam Jawa : Pilihlah asam jawa jenis kehitaman

Cara membuat air asam - campurkan air dan asam tapis.

Cengkih : Jika ingin mengurangi bau cengkih,buanglah kepalanya

Halia : Untuk bumbu, pilihlah yang kecil-kecil berserat. Yang besar kurang pedas rasanya.

Ketumbar/Jintan : Bersihkan dulu sebelum digunakan. Cuci dan keringkan disinar matahari sampai kering betul. Simpanlah didalam botol tertutup dan letakkan ditempat yang kering.

Kayu Manis : Pilih yang agak tua dan kulitnya kasar.

Kunyit : Pakailah kunyit yang warnanya gelap kerana lebih tua.

Lengkuas : Pilihlah yang muda dan masih agak lunak.

Pala : Yang baik berwarna merah tua dan keras.

Serai : Gunalah 7 cm dari akarnya saja.

Cili : Gunakan cili yang segar untuk resepi

Cara mudah memetik akar tauge : Ambil tepung kanji, taburkan keseluruh tauge yang akan dibuang akarnya. Kemudian ramas perlahan-lahan. Kemudian tampi.

Untuk mengetahui madu asli : Bila dititiskan pada kertas akhbar, tidak melebar. Dikocak tidak berbuih. Tidak disukai semut. Dan meyala bila dibakar.

Rempah-rempah


Asas membuat rempah-rempahan daging :

600 gram ketumbar
200 gram jintan manis
150 gram jintan putih
150 gram cili kering
50 gram kunyit kering
50 gram lada hitam
30 gram kulit kayu manis
30 gram buah pelaga
30 gram bunga cengkih dan lawang

ataupun rempah-rempah asas seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, kunyit kering, lada hitam dimesinkan berasingan. Gunakan bila perlu.

Rempah-rempahan ikan

600 gram ketumbar
200 gram jintan putih
100 gram jintan manis
50 gram lada hitam
150 gram cili kering
50 gram kunyit kering

Petua masak memasak


Cara membuat kerisik :

Gorengkan kelapa yang diparut halus dengan api perlahan sehingga kuning tua. Tumbukkan dengan lesung batu yang kering sehingga berminyak.

Santan kelapa :

Setiap kelapa yang hendak diambil santannya buangkan kulit ari sebelum diparut. Pati santan diambil dengan cara memerah kelapa dengan kain jarang.

Kemancar santan ialah santan kelapa yang diperah setelah diambil patinya. Kelapa seelok-eloknya diperah sebanyak 3 kali.

Cara mengoreng bawang mayang :

Bawang yang dihiris itu digaulkan dengan sedikit garam halus.

Panaskan minyak didalam kual. Gorengkan bawang dengan selalu dikacau hingga kunning. Angkat. Letakkan diatas kertas yang menyerap minyak. Simpan kedalam botol. Gunakan bila perlu.