Pandai Masak: Dalca

Pandai Masak

Monday, November 21, 2005

Dalca


Bahan-bahannya :

1 kati perut lembu dan daging cincang
1 biji terung
5 biji kacang merah
2 biji ubi kentang
setengah tin kacang dal
4 biji cili merah
4 batang kacang panjang
3 biji tomato
1 biji kelapa(diambil pati santan dan santan cair)
3 keping asam gelugur

Rempah Untuk Digiling

1 sudu teh jintan manis
5 sudu teh ketumbar
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
10 biji lada hitam
sedikit buah pala dan kulit kayu manis
1 sudu teh jintan putih
5 biji cili kering
sedikit kunyit hidup
1 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih
sedikit garam

Bahan Untuk Penumis :

setengah tahil minyak sapi atau kelapa
5 ulas bawang putih(dimayang halus)
10 ulas bawang merah(dimayang halus)
3 kuntum bunga cengkih
sedikit kulit kayu manis

Cara Membuatnya :

Perut lembu dan daging cincang dihiris serta dibasuh setelah itu direbus sehingga empuk.

Terung, kacang panjang, ubi kentang dipotong kecil-kecil. Cili merah serta ubi kentang dibelah-belah.

Panaskan minyak didalam periuk setelah itu tumiskan bahan penumis tadi bila telah naik baunya masukkan pula bahan yang telah digiling, bersama daging, perut lembu, ubi kentang, kacang dal dan terung serta asam gelugur. Biarkan sehingga mendidih setelah itu masukkan pati santan, cili dan tomato. Tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home