Pandai Masak: December 2005

Pandai Masak

Tuesday, December 20, 2005

Soto Ayam


Bahan-bahannya :

1 ekor ayam(dipotong)
1 biji limau nipis
5 biji ubi kentang(direbus)
150 gram taugeh(dicelur)
bawang putih(dihiris dan digoreng)
daun bawang dan daun sup

Bahan Giling:

8 ulas bawang putih
1 cawan udang besar(dibuang kulit)
2.5 cm halia
2.5 cm kunyit hidup
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh garam

Cara Membuatnya :

Ayam digaul dengan bahan-bahan yang digiling.

Jerangkan sampai keluar air ayam. Jangan bubuh air.

Tuangkan air, rebus ayam hingga empuk. Kemudian angkat dan siat-siat daging ayam.

Isikan daging ayam, kentang yang telah dipotong dan taugeh dalam sebuah mangkuk.

Tuangkan kuahnya dan taburkan gorengan bawang putih serta hirisan daun bawang. Jika suka perahan air limau nipis.

Monday, December 19, 2005

Peha Ayam Goreng


Bahan-bahannya :

300 gram peha ayam
8 cm halia(diparut)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh serbuk rempah
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh serbuk lada sulah
setengah sudu teh gula
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Gaulkan peha ayam dengan bahan-bahan tadi, kemudian perapkan selam 1 jam.

Panaskan minyak dan goreng peha ayam hingga elok masaknya.

Aturkan peha ayam dengan tomato dan timun yang telah dihiris bersama-sama cili sos.

Kari Ayam


Bahan-bahannya :

1 ekor ayam(dipotong-potong)
1 biji kelapa parut

Bahan Untuk Digiling :

2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
3 biji buah keras
2 ulas bawang putih
16 ulas bawang merah
12 biji cili kering
1 sudu teh kunyit serbuk
1 setengah cm lengkuas
1 batang serai(dititik)
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak tumis bahan giling hingga naik baunya.

Masukkan ayam serta 2 cawan santan cair masak hingga mendidih.

Sekiranya ayam masih keras tambahkan lagi santan cair.

Masukkan santan pekat dan garam, masak hingga mendidih.

Sup Ayam


Bahan-bahannya :

1 ekor ayam(diasingkan kulit dan lemaknya)
2 labu bawang merah(dicincang)
4 ulas bawang putih(dicincang)
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca teh lada sulah
1 camca teh jintan manis
4 cawan air
2.5 cm halia(dihiris)
250 gram ubi kentang(dipotong dadu)
1 camca besar kicap cair(dicampur)
garam dan lada sulah(dicampur)

Cara Membuatnya :

Ayam dipotong ketul-ketul kecil, campurkan dengan kicap cair dan perap selama 20 minit.

Panaskan kulit dan lemak ayam tadi untuk dapatkan minyaknya .

Pijarkan atas api, masukkan rempah-rempah kering, bawang dan halia.

Masukkan ayam, goreng hingga kunning kemudian masukkan air, ubi kentang dan garam.

Didihkan hingga ayam dan ubi kentang empuk.

Bila hidangkan taburkan bawang goreng dan daun sup diatasnya.

Ayam Panggang


Bahan-bahannya :

125 gram peha ayam
setengah sudu serbuk lada sulah
setengah sudu jintan mansi(ditumbuk)
setengah sudu garam
1 biji limau nipis

Untuk Hiasannya :

1 tangkai daun ketumbar
1 biji tomato
1 biji ubi kentang(dipotong memanjang)
3 sudu besar sayur campuran
(jagung lobak merah dan kacang peas)
sedikit mentega

Cara Membuatnya :

Ayam digaulkan dengan rempah kering serta garam.

Kemudian perahkan air limau nipis bila telah rata semuanya. Perap selama 15 minit.

Panggang ayam hingga masak dan keluar minyaknya.

Sayur campuran dicelur dengan air yang bercampur sedikit garam.

Angkat dan toskkan airnya kemudian gaulkan dengan sedikit mentega.

Bila ayam telah masak hidangkan dengan bahan untuk hiasan dan kentang yang telah digoreng.

Stew Ayam


Bahan-bahannya :

1 ekor ayam(dipotong-potong)
1 batang lobak merah(dihiris)
1 biji bawang besar(dipotong dadu)
10 biji cendawan butang
1 setengah kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Gaulkan ayam dengan tepung, lada sulah dan garam kemudian digoreng.

Panaskan mentega, tumis bawang kemudian masukkan lobak merah masak hingga empuk.

Masukkan ayam dan tuangkan air yang menutupi ayam. (Jika suka bolehlah masukkan daun sup). Kemudian masukkan kulit kayu manis dan bunga cengkih.

Masukkan cendawan masak hingga kuahnya menjadi agak pekat. Tuangkan sedikit bancuhan tepung jika perlu.

Ayam Percik


Bahan-bahannya :

1 ekor ayam
6 ulas bawang merah(ditumbuk)
2.5 cm halia(ditumbuk)
2 sudu teh gula(ditumbuk)
1 sudu teh garam(ditumbuk)

Untuk Kuahnya :

6 ulas bawang merah(ditumbuk)
4 biji cili kering(ditumbuk)
1 sudu besar tomato sos(ditumbuk)
1 sudu teh gula(ditumbuk)
setengah keping belacan(ditumbuk)
setengah sudu teh tepung jagung
1 biji kelapa par ut
setengah sudu teh garam
sedikit monosodium glutamate

Cara Membuatnya :

Ayam dilumur dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk, perap selama 1 jam.

Ayam tadi dipotong 8 dan dipanggang.

Panaskan santan, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk kacau hingga pekat. Tuangkan bancuhan tepung jagung.

Angkat kuah ini tuangkan keatas ayam dan panggang untuk selama 3 minit.

Gulai Ayam


Bahan-bahannya :

1 ekor ayam(dipotong kecil)
3 ulas bawang putih(digiling)
2.5 cm halia(digiling)
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
6 sudu besah rempah kari
1 cawan santan pekat
10 ulas bawang merah(dihiris)
2.5 cm kulit kayu manis
setengah cawan minyak masak
1 sudu teh air limau nipis
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Ayam digaulkan dengan halia dan bawang putih dan perap selama 30 minit.

Panaskan minyak goreng rempah kering serta bawang hingga kuning.

Masukkan rempah kari dan daun kari hingga wangi, masukkan ayam gaul ratakan rempahnya.

Tuang air cukup untuk meliputi daging ayam.

Bila ayam telah lembut, masukkan air limau nipis dan garam secukup rasa. Tuangkan santan pekat dan kacau hingga kuahnya agak pekat.

Ayam Tandoori


Bahan-bahannya :

1 ekor ayam dara
1 sudu teh jintan putih(digiling)
1 sudu teh jintan manis(digiling)
2.5 cm halia(digiling)
2.5 cm kunyit(digiling)
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Ayam dibersihkan dan digaul dengan bahan yang telah digiling. (Ayam boleh juga dipotong-potong)

Perapkan selama 15 minit kemudian dipanggang.

Bahan Untuk Hiasannya :

3 biji limau nipis(dibelah 4)
1 pkok daun salad
2 biji timun(dihiris)
3 biji tomato(dihiris)
3 labu bawang besar(dihiris)
5 biji cili merah/hijau

Cara Menghiasnya :

Ayam panggang letakkan kedalam pinggan yang telah dilapiskan dengan daun salad.

Kemudian dihiaskanlah dengan bahan hias yang telah disiapkan.

Bila hendak makan perahkan air limau nipis.

Udang Masak Merah


Bahan-bahannya :

600 gram udang besar
20 biji cili merah
1 setengah sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk jintan manis
setengah sudu teh serbuk lada putih
2 sudu teh tomato puri
4 hirisan lengkuas
2 hirisan halia(ditumbuk kasa)
10 ulas bawang putih
setengah cawan kelapa parut(digoreng hingga kunning dan ditumbuk halus)
3 cawan kelapa parut(dicampur 3 cawan air dan perah santannya)
2 labu bawang besar(dibelah 3 setiap satu)

Bahan-bahan Penumis

4 ulas bawang merah(dimayang)
2 ulas bwang putih
1 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
setengah cawan minyak

Cara Membuatnya :

Bersihkan udang, dibuang kekotorannya.

Tumiskan minyak bersama bahan-bahan penumis. Manakala bawang goreng hingga kuning, masukkan 1 cawan air dan rempah-rempahan serta bahan-bahan yang ditumbuk kasar. Masaklah sehingga rempah pekat dan naik minyak.

Masukkan udang, kerisek, tomato puri dan santan. Masaklah sehingga mendidih. Perlahankan api. Biar pecah minyak.

Masukkan bawang besar. Garam mengikut rasa.

Gulai Lemak Ketam


Bahan-bahannya :

3 ekor ketam
1 setengah kelapa partu
4 cm kunyit hidup
15 biji cili api
1 biji nenas
2 batang serai
1 helai daun kunyit
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Membuatnya :

Bersihkan ketam, kemudian dipotong dua setelah itu basuh dan toskan airnya. Nenas dibersihkan kulit dan matanya kemudian dipotong kecil-kecil. Cili api ditumbuk bersama serai dan kunyit hidup. Kelapa diperah ambil santannya secukup untuk kegunaan.

Masukkan ketam kedalam periuk bersama-sam bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi dengan santan. Jerangkan diatas api. Kemudian masukkan nenas, garam dan serbuk perasa secukupnya sambil dikacau selalu.

Bila telah mendidih dan pekat, bolehlah diangkat.

Friday, December 02, 2005

Ketam Masak Lemak


Bahan-bahannya :

600 gram ketam(dipotong dua)
10 biji cili padi(ditumbuk)
5 biji cili merah(ditumbuk)
4 ulas bawang merah(ditumbuk)
1 sudu teh kunyit serbuk
1 biji kelapa parut
setengah biji nenas
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Kelapa diperah asingkan pati santan dan santan cairnya. Nenas dipotong-potong.

Masukkan santan cair, kunyit serbuk, ketam dan bahan tumbuk kedalam sebuah periuk dan jerangkan.

Bila telah mendidih masukkan pati santan, nenas, garam dan serbuk perasa.

Biar hingga nenas nampak layu barulah diangkat.

Kari Ketam


Bahan-bahannya :

1 kg ketam(dibelah dua)
3 tangkai daun kari
5 cawan santan
6 sudu besar minyak

Bahan Giling :

4 sudu besar ketumbar
1 setengah cm halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada sulah
1 setengah cm kunyit hidup
4 biji buah keras
10 ulas bawang merah
6 sudu besar kerisik

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak tumis bahan giling hingga naik baunya.

Masukkan santan dan daun kari, biarkan hingga mendidih.

Masukkan ketam yang telah dibelah dua serta garam secukup rasa.

Bila kuahnya sudah agak pekat, barulah diangkat.

Kerang Goreng Kicap


Bahan-bahannya :

2 kg kerang(dicelur)
2 sudu besar kicap
1 sudu teh tepung gandum
3 ulas bawang putih(dihiris)
3 biji cili merah(dihiris)
1 setengah cm halia(dihiris)
1 sudu teh lada sulah
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak tumis bahan hiris kemudian masukkan kerang, lada sulah dan garam.

Tepung jagung dibancuh dengan kicap dan sedikit air, tuangkan kedalam kerang tadi.

Goreng hingga masak kemudian barulah diangkat.

Kerang Goreng Cili


Bahan-bahannya :

1 kg kerang(diambil isinya)
1 sudu teh gula
1 batang serai(dititik)
4 ulas bawang merah(digiling)
2 ulas bawang putih(digiling)
20 biji cili kering(digiling)
2 setengah cm belacan(digiling)
2 keping asam gelugur
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya.

Masukkan serai, gula, asam gelugur, garam dan kerang, kacau rata-rata bila telah masak bolehlah diangkat.

Sotong Masak Pedas


Bahan-bahannya :

300 gram sotong(dipotong ikut suka)
1 sudu besar kicap pekat
setengah sudu teh gula
1 setengah cawan air
2 biji cili merah(dibelah 4)
3 biji bawang besar(dihiris kasar)

Bahan Giling :

1 setengah cm halia
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
15 biji cili kering
1 sudu besar jintan manis
setengah cawan air

Cara Membuatnya :

Sotong dibersihkan kemudian digaulkan dengan bahan giling.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kunning, kemudian masukkan sotong.

Bila telah mendidih masukkan kicap, gula, cili merah serta garam. Tambah satu setengah cawan air. Masak hingga empuk barulah diangkat.

Sotong Goreng


Bahan-bahannya :

600 gram sotong basah(dihiris)
10 ulas bawang merah(dihiris)
4 biji bawang putih(dihiris)
3 biji cili merah(dihiris)
sedikit air asam jawa
garam secukupnya

Cara Membuatnya :

Bersihkan sotong jangan dibuang dakwatnya.

Panaskan minyak tumis bahan-bahan yang telah dihiris.

Tuangkan sedikit air dan air asam jawa.

Bila mendidih masukkan sotong, cili merah serta garam, masak hingga sotong lembut.

Sotong Sumbat


Bahan-bahannya :

300 gram beras pulut(dikosek dan toskan)
300 gram sotong basah
1 gelas pati santan
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Sotong dibersihkan serta buangkan janggutnya. Pulut rendamkan dengan santan yang dicampurkan garam.

Kemudian isikan pulut kedalam perut sotong.

Sematkan dihujungnya dengan lidi dan kukuslah hingga masak.

Udang Goreng


Bahan-bahannya :

125 gram udang basah(dibuang kulitnya)
1 setengah cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 biji telur(dipukul)
setengah cawan susu cair
3 susu besar air
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Bancuh tepung, baking powder, telur dan susu cair hingga sebati.

Jika pekat masukkan sedikit air tetapi jangan terlalu cair.

Masukkan udang kedalam bancuhan tepung tadi.

Panaskan minyak, goreng udang hingga masak. Udang diambil dengan menggunakan sudu besar.

Udang goreng ini sedap dimakan dengan cili sos.

Udang Goreng Bertepung


Bahan-bahannya :

600 gram udang(dibuang kulitnya)
1 cawan tepung gandum
2 cawan minyak
1 biji telur
setengah biji kelapa(disangar dan digiling)
8 sudu besar jintan putih(digiling)
1 sudu teh lada sulah(digiling)
20 ulas bawang merah(digiling)
1 sudu teh garam

Cara Membuatnya :

Udang digaul dengan bahan-bahan yang digiling.

Tepung dibancuh dengan telur.

Celupkan udang kedalam tepung bancuhan tadi dan goreng.

Udang ini sedap dimakan dengan cili sos atau diratah begitu saja.

Sup Udang


Bahan-bahannya :

300 gram udang basah yang agak besar
2 biji ubi kentang(dibelah empat)
1 cekak suhun(dikerat-kerat)
2 sudu besar margerin
1 sudu teh serbuk lada hitam
5 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang(dihiris)
1 tangkai daun sup(dihiris)
garam ikut rasa
sedikit bawang goreng

Cara Membuatnya :

Jerangkan air hingga mendidih, kemudian masukkan udang.

Masukkan ubi kentang, lada hitam dan bawang putih.

Bila telah empuk masukkan suhun, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan panas-panas.

Kari Udang


Bahan-bahannya :

500 gram udang basah(dibuang kulitnya)
30 gram mentega
2 sudu besar daging kisar
1 biji bawang besar(dihiris)
1 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
setengah cawan tomato sos
setengah cawan air
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Panaskan mentega tumis bawang kemudian masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air.

Kacau kira-kira 5 minit. Masukkan daging, udang, tomato sos dan sedikit air.

Masukkan garam serta kacau hingga mendidih.

serunding udang kering


Bahan-bahannya :

1 biji kelapa parut
60 gram udang kering(ditumbuk kasar)
air asam jawa

Bahan Giling :

2 setengah cm lengkuas
1 setengah cm belacan
20 biji cili kering
3 batang serai
5 ulas bawang merah
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh gula
garam ikut rasa

Cara Membuatnya :

Kelapa parut digoreng tanpa minyak hingga kunning.

Panaskan minyak dan tumis bahan giling, kemudian tuangkan air asam dan masukkan udang kering.

Akhir sekali masukkan kelapa parut serta digaulkan supaya ras kesemuanya. Bila kering barulah diangkat.

Urap


Bahan-bahannya :

setengah kilo kacang panjang
setengah kilo taugeh
2 biji cili merah
1 ulas bawang putih
setengah sudu kecil belacan(dibakar)
1 mangkuk kelapa parut(diparut halus)
setengah sudu kecil garam

Cara Membuatnya :

Potong kacang panjang anggaran 1 setengah inci. Kemudian celurkan kacang panjang dan taugeh hingga agak lembut. Angkat dan toskan.

Tumbuk cili, bawang putih, belacan dan garam baru campurkan dengan kelapa dan tumbuk perlahan-lahan hingga bahan-bahan sebati.

Kemudian campurkan kacang panjang dan taugeh dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaulkan dan hidangkan dengan nasi panas-panas.