Pandai Masak: January 2006

Pandai Masak

Monday, January 16, 2006

Ayam Kukus

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam sedang besarnya
setengah inci kunyit hidup
setengah inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
2 sudu ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada sulah
garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara Membuatnya :

Ayam dibelah empat dan cuci bersih-bersih. Semua bahan yang lain digiling hingga lumat kecuali lengkuas dititik-titik.

Semua bahan-bahan yang sudah digiling itu dilumurkan pada ayam tadi biarkan selama 10 minit. Dikukus sehingga masak.

Makroni Ayam

Bahan-bahannya :

1 lb makroni(direbus, lalu masukkan garam dan mentega, cukup empok ditoskan)
1 ekor ayam
1 tin soup tomato
12 biji lada merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
air asam jawa secukup rasa
setengah inci halia
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 mangkuk santan
sedikit garam, serbuk perasa

Cara Membuat Kuahnya :

Cili, jintan manis, jintan putih, bawang merah, bawang putih dan halia digiling hingga halus.

Ayam dimasukkan didalam periuk, lalu masukkan pula bahan-bahan yang digiling tadi. Setelah itu jerangkan diatas api yang sederhana, sambil itu kacaulah sehingga keluar airnya.

Kemudian dimasukkan pula air asam jawa, santan, garam dan serbuk perasa. Biarkan sampai empuk(pecah minyak). Setelah itu masukkan tomato dan air satu tin. Apabila masak, barulah diangkat.

Ayam Tikka

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam(dibelah dua)
3 auns lada kering
2 auns ketumbar
6 biji bawang putih
2 auns kayu manis
1 auns bunga cengkih
6 auns bawang merah
3 auns lada hitam
3 auns mentega
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Ayam yang beratnya 3 kati dibersihkan dan dibelah dua. Semua rempahnya digiling dan lumurkan kepada ayam. Mentega hendaklah dicairkan dan disapukan ke ayam bila hendak dipanggang.

Cara memanggang ayam masakan 'Tikka' ini ialah dengan mencucukkannya kepada besi panjang dan dipanggang keatas api arang.

Ayam Rendang

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam
setengah minyak masak
1 setengah santan pekat dari 1 setengah biji kelapa
1 cawan kerisik
10 biji cili kering
1 hiris lengkuas
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
setengah teh asam jawa
1 sudu teh garam
serbuk perasa secukupnya

Cara Membuatnya :

Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil dan direbus sehingga separuh empuk. Cili kering, lengkuas, bawang merah dan bawang putih digiling hingga lumat.

Panaskan minyak didalam kuali. Kemudian tumiskan bahan yang telah digiling tadi. Bila sudah naik baunya, tuangkan sedikit air sambil dikacau-kacau hingga rata. Masukkan santan kemudian masukkan pula ayam, garam serta serbuk perasa secukupnya. Masak biar kering sedikit setelah itu masukkan kerisik dan kacau sampai kering betul.

Ayam Kurma

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam
10 kuntum bunga cengkih
10 biji lada hitam
10 biji lada kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 biji telur ayam
2 biji buah tomato
5 sen daun bawang
5 sen daun sup
1 sudu teh tepung gandum
3 bunga buah pelaga
setengah sudu teh jintan manis
setengah sudu teh ketumbar
setengah sudu teh jintan putih
halia sebesar ibu jari
sedikit minyak sapi untuk menumis
sedikit air
garam secukupnya

Cara Membuatnya :

Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil ikut suka anda. Rebus telur hingga keras. Kemudian giling kesemua bahan-bahan termasuk bawang putih, bawang merah, bunga cengkih, lada hitam, jintan manis, jintan putih, ketumbar, buah pelaga, halia dan cili kering hingga lumat.

Panaskan minyak sapi dalam kuali dan bila sudah cukup pans, tumislah kesemua bahan-bahan yang sudah digiling tadi hingga wangi. Setelah itu, masukkan ayam dan sedikit air, tutuplah kuali. Biarkan kuah mendidih dan ayam itu cukup empuk. Masukkan garam mengikut rasa yang anda kehendaki.

Jika anda perlukan kuah tersebut pekat sedikit, bancuhkan tepung gandum dengan sedikit air dan masukkan kedalam kuah tadi. Hidangkan ketika kuah itu masih panaskan dan hiaslah kuah itu dengan telur potong, tomato yang telah dihiris, dan taburkan daun bawang dan daun sup.

Ayam Goreng Kicap

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam
2 ulas halia
3 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap pekat
setengah bawang merah
setengah botol minyak
garam serta serbuk perasa secukupnya

Cara Membuatnya :

Ayam dibersihkan kemudian dipotong mengikut kesukaan anda. Bawang merah digoreng kemudian ditumbuk bersama halia serta bawang putih hingga lumat kemudian lumurkan pada ayam bersama kicap, garam serta serbuk perasa.

Sesudah itu perapkan ayam kira-kira setengah jam. Panaskan minyak didalam kuali dan gorengkan ayam tadi sehingga masak dan boleh diangkat.

Ayam Kelio

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam
1 biji kelapa
1 biji buah pala
setengah sudu kecil jintan manis
setengah inci halia
3 biji buah keras
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 batang serai
setengah inci lengkuas
3 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
setengah inci kunyit hidup
4 tahil cili merah
2 sudu besar cuka
minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :

Ayam dibersihkan dan dipotong ikut suka masing-masing. Halia, serai, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili merah, jintan manis, buah keras, biji buah pala digiling hingga lumat. Lengkuas dititik-titikkan sahaja.

Kelapa diambil santannya pekat. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk tadi. Bila sudah naik baunya masukkan santan, lengkuas, daun kunyit dan daun limau purut. Setelah agak perkat masukkan pula ayam, garam serta serbuk perasa secukupnya.

Masaklah sehingga daging ayam emput, setelah itu bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Ayam Masak Lemak

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam(dipotong-potong)
setengah biji kelapa parut
2 biji bawang besar(dihiris)
1 biji limau nipis
setengah cawan minyak masak
sedikit garam

Bahan Giling :

5 biji cili merah
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu teh kunyit
3 batang serai

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak dan tumis bawang hingga kuning.

Masukkan bahan giling kacau hingga naik baunya kemudian masukkan ayam.

Bila ayam telah sebati dengan rempah-rempah tadi tuangkan santan pekat.

Masak hingga ayam empuk perahkan air limau nipis dan kacau rata-rata barulah angkat.

Opor Ayam

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam(dipotong ikut suka)
1 batang serai(digiling dan digaul bersama ayam)
5 ulas bawang putih(digiling dan digaul bersama ayam)
8 cm halia(digiling dan digaul bersama ayam)
setengah sudu teh serbuk kunyit
garam secukupnya

Untuk Kuahnya :

1 setengah cm belacan(digiling)
10 biji cili kering(digiling)
10 biji buah pelaga(digiling)
setengah cawan kcang goreng(digiling)
setengah gelas gula merah
1 biji kelapa parut
5 cm kulit kayu manis

Cara Membuatnya :

Kelapa diperah ambil santan pekatnya, masukkan bahan digiling, kulit kayu manis dan gula merah kedalamnya dan dimasak.

Bila telah mendidih masukkan ayam gaulkan rata-rata. Masak hingga ayam empuk.

Wednesday, January 04, 2006

Kurma Ayam

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam (potong kecil-kecil)
setengah cawan minyak masak
3 biji ubi kentang(dipotong empat)
2 biji bawang besar(dipotong empat)
4 biji tomato(dipotong empat)
1 cawam air asam jawa
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
setengah teh jintan manis
8 cawan santan

Bahan-bahan untuk digiling

2.5 cm halia
4 biji bawang putih
4 biji bawang merah
3 camca besar ketumbar
2 camca teh jintan putih
2.5 camca besar adas

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan giling dan rempah-rempah kering.

Masukkan santan, ayam, garam dan biarkan ia mendidih.

Apabila ayam telah empuk masukkan pula ubi kentang, bawang besar, tomato dan air asam