Pandai Masak: Ayam Kelio

Pandai Masak

Monday, January 16, 2006

Ayam Kelio

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam
1 biji kelapa
1 biji buah pala
setengah sudu kecil jintan manis
setengah inci halia
3 biji buah keras
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 batang serai
setengah inci lengkuas
3 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
setengah inci kunyit hidup
4 tahil cili merah
2 sudu besar cuka
minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :

Ayam dibersihkan dan dipotong ikut suka masing-masing. Halia, serai, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili merah, jintan manis, buah keras, biji buah pala digiling hingga lumat. Lengkuas dititik-titikkan sahaja.

Kelapa diambil santannya pekat. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk tadi. Bila sudah naik baunya masukkan santan, lengkuas, daun kunyit dan daun limau purut. Setelah agak perkat masukkan pula ayam, garam serta serbuk perasa secukupnya.

Masaklah sehingga daging ayam emput, setelah itu bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home