Pandai Masak: Ayam Kurma

Pandai Masak

Monday, January 16, 2006

Ayam Kurma

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam
10 kuntum bunga cengkih
10 biji lada hitam
10 biji lada kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 biji telur ayam
2 biji buah tomato
5 sen daun bawang
5 sen daun sup
1 sudu teh tepung gandum
3 bunga buah pelaga
setengah sudu teh jintan manis
setengah sudu teh ketumbar
setengah sudu teh jintan putih
halia sebesar ibu jari
sedikit minyak sapi untuk menumis
sedikit air
garam secukupnya

Cara Membuatnya :

Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil ikut suka anda. Rebus telur hingga keras. Kemudian giling kesemua bahan-bahan termasuk bawang putih, bawang merah, bunga cengkih, lada hitam, jintan manis, jintan putih, ketumbar, buah pelaga, halia dan cili kering hingga lumat.

Panaskan minyak sapi dalam kuali dan bila sudah cukup pans, tumislah kesemua bahan-bahan yang sudah digiling tadi hingga wangi. Setelah itu, masukkan ayam dan sedikit air, tutuplah kuali. Biarkan kuah mendidih dan ayam itu cukup empuk. Masukkan garam mengikut rasa yang anda kehendaki.

Jika anda perlukan kuah tersebut pekat sedikit, bancuhkan tepung gandum dengan sedikit air dan masukkan kedalam kuah tadi. Hidangkan ketika kuah itu masih panaskan dan hiaslah kuah itu dengan telur potong, tomato yang telah dihiris, dan taburkan daun bawang dan daun sup.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home