Pandai Masak: Ikan Pari Bakar

Pandai Masak

Friday, February 10, 2006

Ikan Pari Bakar


Bahan-bahannya
2 ekor ikan pari, dipotong dua dan dibersihkan
3 sudu makan kicap
gula secukup rasa
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis
5 biji limau kasturi

Bahan untuk dikisar
10 batang lada merah
10 batang cili padi thailand
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cm belacan

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan kicap, gula, garam dan serbuk perasa. Jika suka boleh letak sedikit gula timbang/ gula melaka supaya rasa lebih umpphh. Setelah rempah masak, ketepikan.
2. Sapukan loyang pembakar dengan sedikit mentega dan alaskan dengan daun pisang. Letakkan ikan pari diatas daun pisang, dan tuangkan rempah yang telah ditumis tadi diatas ikan. Letak sedikit mentega diatas ikan jika suka.
3. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 40 minit. Angkat, sewaktu dihidang boleh perahkan jus limau kasturi.

Nota: Jika tidak mahu membakar dalam oven boleh juga bakar ikan pari dalam kuali non-stick kemudian tuangkan sambal diatas dan bakar sekejap lagi dan hidangkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home